Wednesday 25 September 2013

Koleksi Baju Muslimah

Bismillahirahmannirahim...Assalamualaikum, Selamat Sejahtera Dan 1 Malaysia...... hari ini achik nak cerita tentang baju muslimah yang banyak dipasaran pada masa kini...... Sekarang kita mudah untuk mendapat baju yang boleh menutup aurat untuk kita kaum hawa...... Achik nak kongsi baju muslimah yang sesuai kita pakai pada hari ini....... semoga seronok baca blog achik ini.... :-))))

T'shirt muslimah
            
Cantik baju T'shirt Muslimah ni.... memang sesuai untuk kita pakai dimana sahaja dan apa jua keadaan.. kita boleh pakai masa bersukan dis ekolah, kolej atau universiti.. keluar jalan-jalan nagn keluarga... harga baju ni pon sangat bepatutan....

Jubah



 tengok gambar ini, comel kan mereka berpakaian jubah, nampak sangat ayu dan molek sangat-sangat apabila kita pakai masa nak pergi kuliah  atau apa sahaja majlis... :)


Baju Muslimah Moden



sangat- sangat bergaya lah Muslimah sekarang ni kan....kita pun boleh bergaya juga tapi ikut la kesesuai agar kita menutup aurat.....

achik nak kongsi sedikit  "tentang 13 perkara wanita perlu tahu untuk menjadi muslimah sejati":

1. Bulu Kening
Menurut Bukhari, Rasulullah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening
petikan Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari 

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng
Dan janganlah mereka(perempuan) membentakkan kaki(atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.
petikan dari Surah An- Nur Ayat 31

keterangan : menampakkan kaki dan menhayunkan badan mengikut hentakkan kaki terutama pada mereka yang mengikatnya dengan loceng...sama seperti pelacur dizaman Jahiliyyah.

3. Wangian
siapa sahaja wanita yang memakai wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka tercium baunya, maka wanita itu dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutama hidung yang berserombong kapal(hidung belang)
petikan dari Hadis Riwayat Nasaii,Ibn Khuzaimah dan Hibban. 

4.Dada
Hendaklah mereka(perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada mereka.
petikan dari Surah An- Nur Ayat 31.

5.Gigi
Rasulullah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.
Petikan dari Hadis Riwayat At- Thabrani

Keterangan: Dilaknat perempuan yang menjaraangkan giginya supaya menjadi cantik yang merubah ciptaan Allah.
petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher
Dan tinggallah kamu(perempuan) dirumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanu seperti orang Jahiliyyah dahulu.

Keterangan : Bersolek dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikat tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahiliyyah.

7. Muka dan tangan
Asma Abu Bajar telah menemui Rasulullah dengan memakai pakai yang nipis. Sabda Rasulullah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali tangan dan wajah sahaja.
petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8.Tangan 
sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.
petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi

9. Mata.
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkjan sebahagian dari pemandangannya.
petikan dari Surah An- nur Ayat 31

 Sabda Nabi Muhammad SAW,Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram
perikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud Tirmidzi

10. Mulut.(Suara)
Jangan perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga keinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.
Petikan dari Suraah Al Ahzab ayat 32

 sabda Rasulullah SAw, sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunti-bunyian(muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.
petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah. 

11. Kemaluan 
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin,hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.
Petikan dari surah An Nur ayat 31

Apabila seseorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia kedalam syurga dan pintu-pintu yang dikehendakinya,
Hadis Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan dirumah suaminya, melainkan dia telah tabir nama Allah.
petikan Hadis Riwayat Tarmidzi,Abu dayd dan Ibn Majjah.

12. Pakaian
Barangsiapa memakai pakaina yang berlebihan terutama untuk menjolok mata, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.
Petikan dari Hadis riwayat Ahmad, Abu daud,An Nasaii dan Ibn Majjah.

petikan dari surah Al Ahzab Ayat 59 : Bermaksud : Hai Nabi -nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempaun mu dan isteri mukmin, hendaklah mereka memakai baju Jilbab(labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidaka akan diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempaun yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat, merka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.
petikan dari hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim 
Keterangan : Wanita yang berpakain nipis/jarang /ketat membentuk dan berbelah/ membuka bahgaian-bahagian tertentu.

13. Rambut.
Wahai anakku fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya sehingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu didunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oelh orang lelaki yang bukan mahramnya.
petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.






No comments:

Post a Comment