Thursday, 26 September 2013

Jenis kasut wanita

Assalamualaikum dan Salam Jumaat kepada semua. Hari ini terasa nak tulis artikal tentang kasut lah pula.Achik memang suka kasut. Pantang tengok kasut yang cun-cun mesti rasa nak beli. Mak achik selalu marah bila achik balik dari jalan-jalan bawa balik kasut baru...hehehehehehe ... Achik lebih sukakan kasut yang selesa dipakai sebab achik suka jalan-jalan bersiar....kena lah cari kasut yang sedap dipakai dengan kaki masing-masing. Kalau silap pilih kasut kaki kita pun boleh  melecet dan merah padam. Almaklumlah kulit nipis dan lembut macam telur dikupas. 



 

Achik  nak bagitahu  jenis-jenis kasut wanita. Kita kena lah tahu serba sikit tentang kasut yang kita nak pakai sebab penting untuk kita..jangan la main pakai je kasut apa-apa... tak bagus la kan,,,Yang penting tepuk dada tanya selera..





Kitten Heel

Kasut ini bertumit pendek. Tumitnya dari 1.5 inci hingga 2 inci. Berbentuk tirus tumitnya. Tak kirala jenis bertutup atau terbuka kalau tumit jenis macam ini.

     








Ankle Straps 

Kasut ini sangat cantik dan membuatkan kita nampak muda lagi awet muda..lololololo. Identiti yang perlu semua tahu tentang kasut ini ialah, ada lilitan di sekitar buku lali seperti gambar di atas. Tak kiralah tumit tinggi atau rendah kalau ada lilitan/tali ia adalah ankle straps.
                        








Wedges

Kasut ini lebih stabil berbanding kasut bertumit. Kalau anda  masih nak belajar pakai kasut bertumit silalah pakai kasut ini dulu untuk kestabilan badan anda. Lepas dah stabil dan boleh, pakai la kasut sampai 10 inci pun boleh :)))))))))))

          





Mary Jane

Kasut ini beridentitikan kasut bertali atau sandal yang bertumit rendah, lebar, tali di atas ruang kaki (tengah ) dan bahagian jari kaki yang bertutup bulat seperti gambar ini. Sesuai kepada mereka yang bertubuh besar dan golongan wanita berusia. 

              

                

Peep Toes

Kasut ini sangat comel. Ciri-ciri kasut ini dia mempunyai lubang di bahagian hujung jari. 





Pumps

Kasut ini ada bermacam jenis ketinggian dan jenis tumit tapi ciri utamanya dia bertutup di hadapan dan belakang kasut. Kasut ini lebih kepada gaya formal. 











Ballet Plat

Walaupun kasut ini diaspirasikan daripada kasut ballet tapi sudah menjadi ikutan fesyen semasa. Kasut ini bertutup dan tapak leper. Sekarang ni macam-macam jenis kasut ballet flat yang ada..

                    


Winklepickers

Kasut ini ala-ala boots gitu. Pengemarnya mungkin sukakan gaya rock. 






Sebenarnya banyak lagi jenis-jenis kasut yang ada di pasaran....haha.. Ini di antara jenis-jenis kasut yang popular di kalangan wanita. 

No comments:

Post a Comment